Sunday 9 December 2012

Benda asas.



Allayarham Ustaz Yahya Othman ialah antara murabbi PAS.

Beberapa kisah yang yang saya dapat daripada mereka yang pernah mendapat sentuhan tarbiyyah secara langsung daripada beliau.

Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga masa. Pernah penganjur program terlewat untuk jemput beliau ke tempat program. Mereka yang jemput Ustaz Yahya kena tazkirah tentang disiplin masa sepanjang perjalanan. Serik dan insaf.

Dalam majlis ilmu beliau setiap orang mesti ada pen dan kertas untuk salin. Katanya beliau suruh tulis dalam tulisan jawi. AJK tidak terkecuali kena ikuti pengisian. Pengisian selalunya tentang asas-asas Muslim dan pembinaan diri seorang yang terlibat dalam gerakan. Asas namun sangat berbekas.

Ini antara tulisan beliau bertajuk “Usrah dan pelaksanaannya dalam PAS : Penyeragaman pengisian dan tindakan”.

A.     Majlis Usrah mempunyai tiga tujuan pokok iaitu :

  I.      Meningkatkan kefahaman para anggota dan menentukan sikap atau hukum Islam terhadap sesuatu masalah.
II.      Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi atau jamaie.
 III.      Memperkukuhkan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.

B.     Majlis Usrah mengandungi :

 I.      Sembahyang berjemaah, wirid, membaca al-Quran , tajwid dan tafsir.
 II.      Membaca kitab atau kertas kerja yang telah ditetapkan.
III.      Hal ehwal keadaan politik semasa.

C.     Beberapa taklimat kepada naqib usrah :

I.      Memastikan kesempurnaan beribadah.
II.      Program ibadah nawafil (sunat) seperti puasa dilaksanakan secara jamaie.
III.      Tabung Usrah /infaq.
IV.      Muhasabah.

D.    Rukun Usrah:

I.      At-Taaruf.
II.      At-Tafahum.
III.      At-Takaful

E.     Program perlaksanaan :

I. Al-Quran al-Karim : surah-surah tertentu ; dibaca, ditafsirkan, diterangkan hikmahnya dan hubungan perjuangan semasa.
II. Al-Hadis an-Nabawi : ditekan kepada tajuk ilmu, iman, amal, akhlak, jihad, ikhlas dan nifaq.
III. As-Seerah an-Nabawiyah : Dakwah Rasulullah S.A.W di Mekah dan di Madinah – kajian tokoh-tokoh tertentu daripada sahabat Rasulullah S.A.W.
IV. Fikrah : pembentukan fikrah dan kefahaman untuk bersama-sama menggerakkan dakwah dan berjemaah.

Itu sahaja untuk setakat ini.

Mereka yang tidak sempat bersama dengan beliau wajar untuk rasa sedih, namun jangan terlalu sedih sebab kita masih ada banyak tulisan beliau untuk dihidupkan dan diamalkan.

Semoga bermanfaat kepada kita dan beliau di sana amin.


No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...