Monday, 24 December 2012

Tempoh minimum mengandung dengan merujuk ayat Al Quran.


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum itu, boleh lihat dulu beberapa angka daripada kajian sains tentang tempoh kandungan dan masa penyusuan anak.

Tempoh minimum bagi mengandung ialah selama 6 bulan atau 177 hari.

Dengan kata lain, bayi yang dilahirkan selepas berada 6 bulan dalam kandungan sudah mampu untuk hidup. 

Tempoh yang lebih lama mencecah 9 bulan atau 266 hari.

Tempoh menyusukan anak yang paling baik pula selama 2 tahun atau 24 bulan. 

Kalau dibuat kira-kira; 

( 6 bulan tempoh minimum mengandung) + ( 24 bulan tempoh menyusukan anak)  = (30 bulan tempoh antara masa minimum mengandung dan menyusukan anak ). 

Ini yang disebut oleh sains. Beberapa angka di atas terbit selepas kajian daripada para saintis.

Bagaimana pula mengira tempoh minimum mengandung menggunakan ayat Al Quran?

Sebenarnya, tempoh antara masa minimum mengandung dan menyusukan anak iaitu selama 30 bulan sudah disebutkan di dalam Al Quran. Ini memudahkan kerja kira-kira kita.

“..masa mengandung sampai masa memisahkannya dari menyusu ialah 30 bulan.. ” Al Ahqaf,15.

Tempoh menyusukan anak selama 2 tahun atau 24 bulan juga disebutkan di dalam Al Quran. Kerja kira-kira kita semakin mudah. 

“..ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan memisahkannya dari menyusu dalam usia 2 tahun” Luqman,14.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna…” Al Baqarah,233.

Dengan hanya menggunakan rumus ini;

(Masa antara mengandung sehingga masa memisahkan bayi dari menyusu) – (tempoh menyusukan anak) = (tempoh minimum mengandung).

Maka, kita akan dapat jawapannya.

30 bulan -24 bulan = 6 bulan tempoh minimum mengandung.

Allahu a'lam.



Rujukan:

من ايات الإعجاز العلمي للإنسان من الميلاد إلي البعث في القران الكريم oleh Dr Zaghlul An Najjar.



No comments:

Post a comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...