Monday 10 December 2012

Ringkasan daripada prakata.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ialah Presiden PAS.

Ini ramai yang tahu.

Ramai yang tidak tahu ialah Tuan Guru juga Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Pengkaderan PAS Pusat 2005-2007.

Presiden sebuah parti yang memperjuangkan politik dan kepimpinan Islam dalam masa sama pengerusi sebuah lajnah tarbiah dan pengkaderan, nampaknya agenda PAS bukan politik semata-mata.

Buku “Muqaddimah Ibnu Khaldun” sebenarnya hanyalah mukadimah atau prakata daripada buku Ibnu Khaldun yang telah hilang. Hanya prakata sahaja namun prakata itulah yang telah dibahaskan oleh cendekiawan Islam dan Barat sampai hari ini serta menjadi asas rujukan pembentukan negara.

Saya baca prakata daripada Tuan Guru dalam tulisan “Buku Panduan Manhaj Tarbiyah PAS” yang disediakan oleh Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat dan saya dapati sudah cukup untuk  faham sekitar persoalan asas tentang tarbiah.

Saya ringkaskan prakata daripada Tuan Guru itu.

Jangan bimbang, prakata sahaja.

Perbezaan antara ta’lim (mengajar) dan tarbiah.

Ta’lim : Proses menyampaikan ilmu.

Tarbiah : Proses supaya ilmu yang diajar mampu membuahkan keyakinan dalam hati dan mampu menghasilkan amalan pada anggota.

Aspek tarbiah.

1.       Tarbiah ruhiyyah.
2.       Tarbiah fardiyyah.
3.       Tarbiah jamaieyyah.
4.       Tarbiah ijtimaiyyah.
5.       Tarbiah harakiah.
6.       Tarbiah jihadiyyah dan sebagainya menurut sifat syumul Islam itu sendiri.
Kepincangan akan berlaku apabila hanya menekankan salah satu daripada aspek tarbiah di atas.

Matlamat tarbiah:

1.       Menyeru manusia mentauhidkan Allah dan meletakkan kalimah tauhid “Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Nya” pada tempat yang tinggi dan selayaknya.
2.       Menghidupkan agenda amar maaruf dan nahi mungkar.

Sumber rujukan dalam melaksanakan agenda tarbiah:

1.       Al Quran.
2.       As Sunah.
3.       Sirah Nabawiyyah.
4.       Kisah anbiya’ (para nabi)
5.       Kisah para salafussoleh.
6.       Pengalaman daripada Harakah Islamiyah.

Cara atau mekanisme pelaksanaan tidak terbatas dan mestilah dinamik dan anjal mengikut situasi dan suasana.

Tanggungjawab mereka yang menerima tarbiah: 

Mereka yang menerima tarbiah tidak cukup sekadar teori semata-mata bahkan mesti melalui latihan dan ujian secara amali. Latihan ini berupa:

1.       Beramal dengan perkara yang mesti diamalkan sekarang, sama ada dalam perkara fardi atau jamaie.
2.       Menyampaikan risalah Islam kepada sasaran dakwah di semua peringkat dan menghadapi segala cabarannya.

Selesai ringkasan prakata.

Prakata sahaja dan sudah mencukupi.

Allahu a'lam.


No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...