Friday 6 February 2015

Duduk dekat dengan ulama

Antara nikmat yang paling besar ambo dapat setahun dua ni ialah rumah tempat tinggal ambo yang berdekatan dengan Masjid Al Jammal. Imam masjid ni ialah Sheikh Mahmud Al Abidi, seorang ulama muda keluaran Al Azhar.

Beliaulah yang menjadi tempat rujukan bila ada apa2 persoalan samada persoalan tentang fiqh, tafsir, persoalan tentang kitab2 rujukan, atau persoalan tentang pendirian ulama Al Azhar terhadap isu2 semasa.

Masalah atau persoalan2 tentang agama ialah masalah yang bersifat reversible/sentiasa ada dan berulang. Walaupun hari ni kita ada kemudahan internet, ambo dapati bukan senang untuk kita tanya soalan kepada ilmuan agama secara maya. Kadang2 persoalan kita tertangguh hingga beberapa lama dan kadang2 tidak terjawab. Bagaimanapun kita tetap berbaik sangka mungkin atas faktor kesempitan masa dan lain2.

Sebab itulah ambo berpandangan kita kena sentiasa tinggal dekat dengan ulama supaya kita boleh bersuhbah dan dekati mereka secara langsung , atau untuk memudahkan kita bertanya apa saja soalan , atau untuk perbincangan tentang apa sahaja topik, atau untuk kita ambil dan contohi akhlak mereka secara dekat.

Ambo ada 2 persoalan yang ambo tidak dapat selesaikan selama beberapa hari. Lepas solat subuh tadi ambo masuk ke dalam bilik imam dan bertanyakan pada Sheikh Mahmud. Alhamdulillah akhirnya hilanglah segala kekeliruan ambo terhadap dua persoalan ni.

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...