Sunday 16 December 2012

Ambil pen dan tulis sesuatu.


Saya mula menulis agak lewat berbanding kawan-kawan yang lain.

Rugi bila pengisian yang pernah kita ikuti sebelum ini atau buku bagus yang kita ada baca atau pengalaman berharga yang kita dapat tidak ditukar ke dalam bentuk tulisan untuk diambil manfaat oleh diri dan orang lain.

Pendakwah ialah orang yang terlebih rugi bila tidak menulis.

Ada orang tidak mahu tulis sebab katanya nanti tuan yang tulis itu sendiri yang baca tulisannya. Saya kira sebaik-baik tulisan ialah yang mampu memberi manfaat kepada penulisnya sendiri sebelum manfaat itu sampai kepada orang lain.

Ada juga orang kata tidak ada bakat untuk menulis. Saya rasa menulis tidak memerlukan bakat. Tulis saja walaupun tidak panjang atau cuma cuba-cuba.

Rasanya tulisan ini juga masuk dalam kategori tidak panjang dan cuba-cuba itu.

Saya berpesan pada diri dan pendakwah di luar sana untuk mula menulis atau teruskan menulis.

Tulisan antara asbab yang boleh panjangkan usia amalan kita.

Dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...