Saturday 22 December 2012

Nikmat diluruskan.



Nikmat paling besar berada dalam satu kumpulan-suruh-baik-larang-tidak baik ialah teguran.

Adab teguran ialah hulur dalam keadaan yang terbaik sebaliknya sedia sambut dalam apa sahaja keadaan.

Silap dan sentiasa tersilap, bahkan kesilapan boleh berlaku berulang-ulang kali, mujurnya silap ini tidak akan pergi jauh kerana sentiasa ada tangan prihatin yang akan tarik ke laluan semula.

Ini nikmat besar yang mesti disyukuri, dan jangan lupa hadiahkan terima kasih kepada yang ambil berat.

Tidak terima tidak apa asal jangan balas dengan sindiran tajam dengan niat melukakan, kerana takut hilang nikmat yang paling besar ini.

Demi masa” Al ‘Asr, ayat 1.

Sehingga akhir surah.

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...