Monday 31 December 2012

Mereka tidak takut politik.


 بسم الله الرحمن الرحيم

Mahasiswa Mansurah berani rupanya. 

Ada pelajar tahun satu yang lebih berani daripada abang kakak mereka tampil untuk tanya soalan kepada ahli panel. 

Orang pertama pula tu.

Sebelum soalan dibuka kepada hadirin, penceramah sempat bagi ceramah buka gelanggang.
 
Ucapan buka gelanggang daripada Tuan Hanipa Maidin.

Jangan hanya baca buku yang sealiran dengan fikiran kamu” pesan Tuan Hanipa Maidin.

Menusuk kalbu sungguh, sebab selama ini buku-buku di rak hanya untuk menyokong hujah sendiri bukan untuk mencabar pemikiran tuannya. Minda jadi pasif tidak aktif.

“Bercakap di hadapan audiens semuanya orang Islam senang. Bayangkan untuk bercakap tentang Islam di hadapan Karpal Singh dan Lim Guan Eng.” Giliran Tuan Mohamad Sabu menimbulkan soalan provokatif.

Soalan supaya mereka yang terlibat dalam gerakan Islam tidak hanya jadi jaguh kampung sahaja, tapi turut tengok kritikan dan pandangan bukan Islam terhadap Islam dan bersedia dengan hujah mematahkan.

“PAS bergabung dengan DAP, bagaimana nanti kalau orang bukan Melayu yang jadi perdana menteri?” begitulah lebih kurang soalan daripada yang bertanya.

“Saya yakin soalan ini daripada UMNO walaupun saya tahu yang bertanya tadi bukan orang UMNO. Orang yang terpengaruh dengan dakwaan ini sebenarnya tidak faham kedudukan kerusi parlimen dalam negara..” soalan ini menyebabkan Tuan Hanipa naik semangat untuk terang panjang lebar tentang sistem pilihan raya di Malaysia.

Akhir daripada Tuan Haji Mohamad Sabu.

“Politik ialah persepsi. Persepsi masyarakat kata UMNO jaga Melayu. UMNO memang jaga Melayu. Sebab itu minyak yang ada di perairan Kelantan tidak didaratkan di Kelantan sebab di Kelantan ramai orang Cina takut nanti Cina senang. Sebab itu minyak didaratkan di Songkhla sebab di sana ramai orang Melayu.”

Kami geli hati dan majlis pun bersurai.



No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...