Friday 18 September 2015

Peguam dan Hartanah.

Peguam dan hartanah.

1. Apabila anda ingin membeli hartanah, peguam biasanya akan disediakan oleh pemaju perumahan atau pihak bank.

2. Peguam dalam urusan transaksi hartanah digelar sebagai conveyancor bermaksud untuk menyampaikan. Maksudnya, tugas peguam ialah untuk menyampaikan hartanah dari satu pihak ke satu pihak yang lain.

3. Peguam boleh dilantik samada oleh penjual atau pembeli, atau kedua-duanya mempunyai peguam. Kelebihan mempunyai satu peguam ialah dari segi kos yang dapat dijimatkan. Kelebihan masing-masing mempunyai peguam ialah untuk mengelakkan kemungkinan ketidakadilan.

4. Bagi peguam yang disediakan oleh penjual, yuran guaman akan diselesaikan oleh pihak penjual.

5. Antara tugas peguam :

·       Memastikan hartanah bebas daripada cagaran atau kaveat sebelum ia dipindahmilik.
·       Memastikan borang-borang dalam Kanun Tanah Negara 1965 diisi dengan baik.
·       Jika peguam bertindak bagi pihak pemaju, dia mesti memastikan pemaju tersebut mempunyai lessen yang sewajarnya.

6. Hartanah terbahagi kepada rumah, hartanah komersil, industri, dan pertanian. Hartanah di Malaysia dikawal oleh kerajaan negeri.

7. Undang-undang pembangunan hartanah bertujuan melindungi pembeli daripada ditipu pemaju, kerana terdapat pemaju yang mengambil wang deposit daripada pembeli dan tidak menyiapkan projek perumahan. Dengan undang-undang ini, sesiapa yang ingin membina lebih daripada 4 hartanah pada satu masa perlu mempunyai lesen yang sah dan mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun yang dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rujukan : 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia.

Thursday 17 September 2015

Disbursmen


Disbursmen ialah bayaran bagi setiap dokumen yang dilengkapkan oleh peguam bagi pihak anda dan difailkan bagi menyempurnakan sesuatu transaksi hartanah.

Selalunya, jika anda bertemu dengan peguam hartanah, bayaran yang dikenakan ialah yuran guaman dan disbursemen.

Contoh disbursmen :

      -         Duti setem
      -         Bayaran di pelbagai jabatan kerajaan
      -         Belanja perjalanan peguam
      -         Bil telefon
      -         Kos percetakan dokumen
      -         Dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan jual beli hartanah.

Sebaiknya , wang disbursmen ini diletakkan di akaun berasingan sebagai Akaun Anak Guam ( Clients Account ). Tujuannya supaya pengaliran wang dapat dikawal dan diselia oleh anak guam.

Sekiranya wang lebih, anda boleh menuntutnya daripada peguam. Begitu juga sebaliknya, jika wang tidak mencukupi, peguam berhak memintanya daripada anda.


Anda boleh meminta peguam anda untuk menerangkan sebarang transaksi yang melibatkan wang disbursmen. 

Rujukan : 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia.

Jangan 'hidup lama'

JANGAN 'HIDUP LAMA'.

Hiduplah pada masa sekarang. Fikirkan hidup anda dalam lingkungan 3 tahun kehadapan sahaja.

Tidak ada guna jika anda runsingkan tentang kehidupan anda pada 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Anda hanya menghabiskan masa anda hanya untuk runsing pada benda yang tidak berlaku pun.

Ini tidak pula bermakna anda tidak merancang. Anda merancang seperti biasa apa yang anda mahukan sepanjang hidup anda. Maksud saya ialah, anda merancang kemudian anda sudah tidak memikirkan atau runsing. Anda hanya menlaksanakan sahaja apa yang anda perlu buat pada hari ini.

Selebihnya, serahkan pada Allah.

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...