Tuesday 3 February 2015

Kenapa ilmu agama mesti dipelajari dan tidak cukup sekadar bertanya bila berhajat?





1. Orang yang anda tanya tidak punyai masa yang cukup untuk anda. 

Boleh jadi persoalan anda akan tertangguh selama beberapa ketika , sehingga anda mula buntu di mana hendak mencari jawapan. Anda sedaya upaya cuba berbaik sangka dengan orang yang anda tanya bahawa mungkin dia disibukkan dengan urusan lain sehingga masa yang ada sangat terhad. 


2. Jika ada dua pandangan berlainan yang dikeluarkan oleh dua individu yang berbeza, anda akan mula keliru pandangan siapa yang lebih kuat. 

Apatah lagi jika penerangan yang anda terima tidak cukup sehingga anda sukar untuk buat pertimbangan yang adil. 

Atau anda perlukan pada pandangan-pandangan lain lagi supaya pilihan yang anda ada lebih banyak dan terbuka. 


3. Anda akan terdedah kepada kesilapan pandangan orang lain. 

Ini yang paling ditakuti, nauzubillah min zalik. Kerana itu orang yang hendak ditanya juga mesti diteliti latar belakang dan penguasaannya terhadap persoalan yang hendak ditanya. 


4. Sukar untuk menceritakan masalah yang anda hadapi kepada orang yang anda hendak tanya, kerana boleh jadi persoalan yang anda hadapi itu ialah rahsia dan aib anda. 


5. Boleh jadi orang yang anda tanya tidak benar-benar faham masalah atau persoalan yang anda hadapi kerana masalah komunikasi, menyebabkan solusi atau cadangan yang diberikan tidak tepat.


6. Jarang anda berpeluang untuk faham satu-satu masalah itu hingga ke akar umbi. Kemungkinan penjelasan yang anda akan terima ialah hanya permukaan, menyebabkan anda tidak mampu untuk selesaikan masalah atau persoalan lain yang ada kaitan dengan yang sebelumnya.


7. Anda sukar pula untuk terangkan jawapan kepada orang lain tentang masalah yang sama disebabkan penerangan yang anda sendiri terima tidak mencukupi untuk anda betul-betul faham, apatah lagi untuk memahamkan orang lain.


Perlu difahami bahawa bertanya itu tidak salah bahkan sangat dituntut, akan tetapi tulisan ini bertujuan menyeru supaya kita berusaha dengan lebih gigih untuk mendalami ilmu agama, dan tidak berasa cukup hanya sekadar bertanya bila perlu.Sekurang-kurangnya untuk mengelakkan perkara di atas.




No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...