Friday 18 September 2015

Peguam dan Hartanah.

Peguam dan hartanah.

1. Apabila anda ingin membeli hartanah, peguam biasanya akan disediakan oleh pemaju perumahan atau pihak bank.

2. Peguam dalam urusan transaksi hartanah digelar sebagai conveyancor bermaksud untuk menyampaikan. Maksudnya, tugas peguam ialah untuk menyampaikan hartanah dari satu pihak ke satu pihak yang lain.

3. Peguam boleh dilantik samada oleh penjual atau pembeli, atau kedua-duanya mempunyai peguam. Kelebihan mempunyai satu peguam ialah dari segi kos yang dapat dijimatkan. Kelebihan masing-masing mempunyai peguam ialah untuk mengelakkan kemungkinan ketidakadilan.

4. Bagi peguam yang disediakan oleh penjual, yuran guaman akan diselesaikan oleh pihak penjual.

5. Antara tugas peguam :

·       Memastikan hartanah bebas daripada cagaran atau kaveat sebelum ia dipindahmilik.
·       Memastikan borang-borang dalam Kanun Tanah Negara 1965 diisi dengan baik.
·       Jika peguam bertindak bagi pihak pemaju, dia mesti memastikan pemaju tersebut mempunyai lessen yang sewajarnya.

6. Hartanah terbahagi kepada rumah, hartanah komersil, industri, dan pertanian. Hartanah di Malaysia dikawal oleh kerajaan negeri.

7. Undang-undang pembangunan hartanah bertujuan melindungi pembeli daripada ditipu pemaju, kerana terdapat pemaju yang mengambil wang deposit daripada pembeli dan tidak menyiapkan projek perumahan. Dengan undang-undang ini, sesiapa yang ingin membina lebih daripada 4 hartanah pada satu masa perlu mempunyai lesen yang sah dan mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun yang dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rujukan : 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...