بسم الله الرحمن الرحيم
Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata,
“Manusia lebih memerlukan ilmu melebihi keperluannya
kepada makanan dan minuman, kerana seseorang itu kadang-kadang hanya perlu
kepada makan dan minum sekali atau dua kali sehari. Sementara keperluannya
kepada ilmu sejumlah detikan nafasnya”
Tanpa ilmu kita akan pening. Pening untuk memilih mana yang
baik daripada yang terbaik atau memilih urusan yang halal dan bersih daripada
perkara haram dan syubhat.
Adakah sah solat jika bacaan surah Al Fatihah tidak lengkap atau tidak kedengaran di telinga sendiri?
Ini memerlukan ilmu fiqh ibadat.
Bolehkah membuat pelaburan dalam skim ini? Ini pula fiqh
muamalat.
Bagaimana membuat pilihan tentang jemaah atau parti yang
paling memberi untung kepada rakyat dan Islam? Bacaan isu semasa mesti tepat
dan sedikit ilmu tentang sejarah banyak membantu membuat pilihan.
Dengan signs dan symptoms yang ada pada pesakit
ini, apakah kemungkinan diagnosis yang boleh dibuat? Inilah yang dihadapi setiap hari di sini.
Dalam keadaan terdesak dan kita diminta membuat keputusan
dengan cepat tanpa sempat merujuk sumber yang diyakini, ketika itu ditakuti
pilihan yang dibuat membuka ruang kepada kerosakan lebih daripada kebaikan.
Imam Hasan Al Basri berkata,
“Seseorang yang beramal tanpa ilmu seperti orang yang
berjalan bukan pada jalannya. Seseorang yang beramal tanpa ilmu akan lebih
banyak merosak daripada membaiki. Maka carilah ilmu dengan tidak mengganggu
ibadah dan beribadahlah dengan tidak mengganggu waktu menuntut ilmu.”
Semoga kita dalam jagaan Allah.
Allahu a'lam.
![]() |
Salah satu pintu masuk Mansoura University. |
Rujukan : Keutamaan dan Kelebihan Menuntut Ilmu oleh Abul Qa’qa’
Muhammad bin Salih terjemahan oleh Nurul Mukhlisin.
No comments:
Post a Comment