Thursday 10 January 2013

Baiki dunia guna akhirat.


بسم الله الرحمن الرحيم

Kita manusia akan risau bila ada musibah di depan.

Apabila segala ikhtiar sudah dilakukan dan keadaan tetap sama tidak jadi lebih baik, ketika itu pasti akan rasa buntu.

Terkepung.

Apa lagi pilihan yang ada?

Mengikut akal, tidak ada.

Segala puji bagi Allah atas nikmat Islam dan iman, kerana dengan nikmat yang besar ini telah membuka jalan untuk kita pilih ketika musibah mengepung dari segenap penjuru. 

Jalan keluar yang tidak terjangkau oleh akal untuk berfikir dan tidak dapat dirasai deria, sebaliknya berlapik kepada keyakinan terhadap perkara ghaib dan secubit iman yang berada dalam hati. 

Jalan keluar yang sentiasa ada supaya seorang hamba tidak pernah berputus asa dari rahmat Tuhannya.

“..sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membuka baginya jalan keluar. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya..” At Talaq, ayat 2 dan 3.

Ada rasa takut tapi tetap teruskan kerana keyakinan ini.

Berani terus bukan kerana kuat yang ada pada diri kita tapi kerana baik sangka terhadap janji dari Tuhan yang menguasai langit dan bumi.

Ya Latifu  Ya Allah.


Sudah lupa ini pantai Dumyat atau Gamasah.



No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...