Alhamdulillah, Maktabah Darus Salam di Hayyu Sabie’ memang tidak mengecewakan. Kali ni dapat 3 buah buku yang menarik.
1.العلاقات الجنسية في الإسلام.
2.الشذوذ الجنسية عند المرأة.
3.من ايات الإعجاز العلمي للإنسان.
3.من ايات الإعجاز العلمي للإنسان.
Dua buah buku di atas tentang masalah seksual menurut pandangan Islam dan satu buku lagi tentang I’jazul Ilmi. Harganya masih dikira murah jika dibandingkan dengan kedai buku di Malaysia.
Makan ikan bakar di Tawarji sahaja sudah mencecah LE 200 yang hanya kenyang untuk 3 jam. Apalah sangat melaburkan wang yang lebih rendah dari itu untuk kebaikan umat Islam. Yang pasti, pahala menyebarkan ilmu itu jariah sampai ke hari kiamat.

Memang masalah seks songsang ini sudah ada ilmuan Islam yang tulis. Tidak sia-sia bersangka baik dengan ulama kita. Sumber-sumber yang diperolehi setakat ini boleh tahan. Siapa sangka masalah homoseksual dan kaitannya dengan hak asasi manusia ada diulas oleh Dr Yusof Al Qaradhawi dalam buku beliau “Agama dan Politik”.
Asalnya buku ini dibeli kerana berbeza pendapat dengan teman-teman yang menolak politik sebagai salah satu komponen yang penting dalam menjaga agama. Kali ini tidak perlu lagi bertelagah kerana sudah mendapatkan pandangan seorang ulama yang berautoriti dan bukan sekadar hujah bersifat picisan.

Ada juga masalah homoseksual ini dibincangkan dalam buku الحلال والحرام في الإسلام juga karya daripada Syeikh Al Qaradhawi.Kita umat Islam terhutang budi atas jasa beliau membimbing kita. Semoga Allah panjangkan usia As Syeikh.
Sebenarnya, beberapa informasi yang berjaya dikumpul ini masih belum cukup untuk memahami masalah seks songsang ini dengan baik. Masih banyak buku yang mesti ditelaah, maktabah-maktabah yang mesti disinggahi, dan para ulama dan ilmuwan yang mesti kita berhadap lutut dengan mereka.
Boleh saja suruh En. Google carikan semua maklumat ini, tapi menggunakan buku sebagai rujukan utama terutama yang ditulis oleh para ulama muktabar memberi lebih kepuasan. Semoga Allah sentiasa membuka jalan dan memandu kita untuk selesaikan masalah seks songsang yang sedang menimpa umat Islam.

Ketiga-tiga buku yang baru dibeli ini memang menyelerakan.Tapi, masih ada hidangan utama yang mesti dijamah. Buku-buku Forensic dan Community Medicine jika lama tidak dijamah akan merajuk. Buku-buku ini jika sudah merajuk sangatlah payah dipujuk.
Maktabah Darus Salam, selain menjadi medan kami mencari tulisan para ulama, juga menjadi tempat kami mencium tangan mereka.
Maktabah Darus Salam, selain menjadi medan kami mencari tulisan para ulama, juga menjadi tempat kami mencium tangan mereka.
Syeikh Usamah Al Azhari dan Ust ِAbdul Kadir.Rezeki kami pada hari itu dapat kucup tangan As Syeikh. |
No comments:
Post a Comment