Monday 31 December 2012

Mereka tidak takut politik.


 بسم الله الرحمن الرحيم

Mahasiswa Mansurah berani rupanya. 

Ada pelajar tahun satu yang lebih berani daripada abang kakak mereka tampil untuk tanya soalan kepada ahli panel. 

Orang pertama pula tu.

Sebelum soalan dibuka kepada hadirin, penceramah sempat bagi ceramah buka gelanggang.
 
Ucapan buka gelanggang daripada Tuan Hanipa Maidin.

Jangan hanya baca buku yang sealiran dengan fikiran kamu” pesan Tuan Hanipa Maidin.

Menusuk kalbu sungguh, sebab selama ini buku-buku di rak hanya untuk menyokong hujah sendiri bukan untuk mencabar pemikiran tuannya. Minda jadi pasif tidak aktif.

“Bercakap di hadapan audiens semuanya orang Islam senang. Bayangkan untuk bercakap tentang Islam di hadapan Karpal Singh dan Lim Guan Eng.” Giliran Tuan Mohamad Sabu menimbulkan soalan provokatif.

Soalan supaya mereka yang terlibat dalam gerakan Islam tidak hanya jadi jaguh kampung sahaja, tapi turut tengok kritikan dan pandangan bukan Islam terhadap Islam dan bersedia dengan hujah mematahkan.

“PAS bergabung dengan DAP, bagaimana nanti kalau orang bukan Melayu yang jadi perdana menteri?” begitulah lebih kurang soalan daripada yang bertanya.

“Saya yakin soalan ini daripada UMNO walaupun saya tahu yang bertanya tadi bukan orang UMNO. Orang yang terpengaruh dengan dakwaan ini sebenarnya tidak faham kedudukan kerusi parlimen dalam negara..” soalan ini menyebabkan Tuan Hanipa naik semangat untuk terang panjang lebar tentang sistem pilihan raya di Malaysia.

Akhir daripada Tuan Haji Mohamad Sabu.

“Politik ialah persepsi. Persepsi masyarakat kata UMNO jaga Melayu. UMNO memang jaga Melayu. Sebab itu minyak yang ada di perairan Kelantan tidak didaratkan di Kelantan sebab di Kelantan ramai orang Cina takut nanti Cina senang. Sebab itu minyak didaratkan di Songkhla sebab di sana ramai orang Melayu.”

Kami geli hati dan majlis pun bersurai.



Sunday 30 December 2012

Kilometer 5 sebelum 6.


 بسم الله الرحمن الرحيم


Larian pada kilometer 5 sebelum tamat pada 6 bermula tanpa dengar bunyi wisel.

Tersepak atau menyepak batu di tengah jalan sampai tersembam.

Ada calar sikit-sikit.

Sapu kotoran pada seluar untuk bangun semula.

Kemudian ketatkan balik ikatan tali kasut, dan minyak gamat dalam poket selalu ada buat sedia.

Kilometer 5.

Ya Qawiyyu Ya Matin.

Saturday 29 December 2012

Mahasiswa Mansurah jamah politik, beranikah?


   بسم الله الرحمن الرحيم

Berhasrat untuk catat perkembangan aktiviti dakwah yang berlaku di bumi Mansurah.

Beberapa tempoh masa sudah lepas untuk dicatat, harap masa hadapan tidak terlepas.

Sekurang-kurangnya setiap catatan jadi ingatan kepada diri sendiri nanti atau cambahan idea kepada yang berada di tempat lain atau rujukan kepada mata rantai bila tangan yang menulis kembali ke asal kejadian.

Ini yang terbaru.




Asal usul Usul 20.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Semua ini ialah susunan daripada As Syahid Imam Hasan Al Banna rahimahullah.

Tahu satu hal, untuk amalkan satu hal lain.

Walau apa pun, semoga bermanfaat.






Wednesday 26 December 2012

Mendedahkan diri.



بسم الله الرحمن الرحيم

Mesti berdoa minta hidayah dari Allah supaya jalan hidup kita lurus.

Tidak cukup dengan doa, kena ada ikhtiar untuk berjalan ke arah sumber hidayah.

Ikhtiar untuk mendedahkan diri kepada teguran dan pembetulan.

Masuk mesyuarat kena dengar tazkirah dahulu. Datang majlis ilmu lebih-lebih lagi. Sambil jalan kaki dengan kawan yang faham dapat pula teguran tentang diri yang silap. Tertinggal dalam pelajaran ada yang tunjukkan jalan untuk kejar. Diminta untuk mengisi sebenarnya isi itu untuk diri sendiri juga. 

Diri terdedah kepada pembetulan.

Hidup yang mudah bengkok, kalau sentiasa terdedah kepada doa dan pembetulan, insya-Allah kembali semula ke laluan asal.

Saya tidak ada minyak wangi, paling kurang boleh tumpang bau wangi kawan-kawan yang soleh.

Masih mensyukuri nikmat diluruskan.

Alhamdulillah...

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...