Wednesday 28 November 2012

Jangan lupa bantu.




Bismillah.

Selamat tahun baru hijrah 1434.

Umur kita semakin meningkat yang pasti.

Sepanjang beberapa bulan ini banyak yang kita dengar tentang penderitaan umat Islam di seluruh dunia.

Alhamdulillah jika kita berjaya bantu mereka dengan doa, sebar maklumat terkini tentang mereka dalam FB supaya umat Islam lain sedar, bantuan derma dan misi kemanusiaan dan lain-lain.

Semoga Allah terima amalan ini, dan dapat membantu meringankan beban mereka.

Kita bantu umat Islam di tempat yang jauh dan jangan kita lupa untuk bantu umat Islam di tempat kita, dan paling penting jangan lupa untuk bantu diri kita sendiri dengan Islam.

Bantu diri sendiri.

Kita bantu diri sendiri dengan kembali kepada asas seorang Muslim seperti yang diletakkan dalam 10 muasafat tarbiyyah.

Ya, muasafat ini ialah asas dan hanya 10 sahaja dan kita sering dengar berulang-ulang-ulang-ulang kali namun yang asas dan yang sedikit inilah yang sangat payah melekat.

Kita berperang dengan musuh Islam Yahudi Nasrani dan siapa sahaja yang memusuhi Islam dan jangan kita lupa musuh yang berada dalam diri kita.

Kita mengaku segala kelemahan diri kita dan kita berazam untuk bangkit dan cuba lagi.

Bantu umat Islam yang dekat.

Silakan begerak secara individu sekiranya kita mampu dan kuat atau sertailah mana-mana persatuan untuk 
kita dapat kekuatan dan supaya hasil usaha kita dapat dirasai dengan lebih luas oleh umat Islam.

Boleh bergerak dalam gerak kerja yang menyumbang kepada amal jamaie seperti jadi naqib usrah, jadi AJK Unit Pembangunan Islam PCM kalau di Mansurah sini, atau mana-mana gerak kerja yang bertanggungjawab membina individu Muslim kerana salah satu daripada matlamat amal jamaie itu sendiri ialah untuk melahirkan Muslim yang faham tanggungjawabnya yang sebenar.

Boleh juga bantu umat Islam yang dekat dengan kita dengan menyumbang dalam amal ijtimaie atau kerja kemasyarakatan seperti buat kelas akademik STAR kalau di Mansurah, kumpul derma untuk bantu rakan yang sakit dan lain-lain.

Kalau mampu cuba selitkan supaya amal ijtimaie juga mampu memberi sumbangan kepada amal jamaie.

Saya berpesan pada diri supaya tidak lupakan diri sendiri, tidak lupa umat Islam yang dekat dan sentiasa bantu umat Islam yang jauh.

Allahu a’lam.


Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...