بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Aminuddin bin Abdul Rahim iaitu salah seorang ahli majlis fatwa negeri Kedah, beliau ada menyebut satu perkataan daripada seorang ulama.
Ulama itu kata Al Quran ini
turun ‘dua’ kali.
Pertama turun ketika zaman Nabi SAW dahulu melalui
perantaraan Sayidina Jibril AS.
Kedua turun ketika zaman sekarang.
Turun pada zaman sekarang bermaksud bila seseorang itu baca
Al Quran dan memahami ayat itu yang tidak difahami malah tidak diketahui pun sebelumnya,
kemudian dengan ayat itu dia mendapat petunjuk dan hidayah, maka seolah-olah ayat
Al Quran itu baru sahaja turun dari langit dan terus masuk ke dalam hatinya.
Satu hari saya berada di satu tempat sekitar Mansurah dan
terdengar bacaan satu ayat Al Quran, dan saya mengakui kebenaran perkataan
ulama itu.
Tersentak dan seolah-olah baru pertama kali dengar.
“Alif lam mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka
akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak
diuji?”
Al Ankabut,ayat 1 dan 2.
No comments:
Post a Comment