بسم الله الرحمن الرحيم
Berada di atas jalan dakwah atau menyeru manusia bermaksud berada di persimpangan antara sifat hipokrit dan sifat benar.
Seseorang mampu untuk kelihatan mulia ketika di hadapan manusia tapi ketika bersendirian perbuatannya menyalahi perkataan yang pernah keluar daripada mulutnya.
Segala puji bagi Allah yang menutup banyak aib dan kesilapan hamba-Nya.
Sebab itu salah satu daripada 4 sifat wajib bagi sebaik-baik
pendakwah iaitu Nabi SAW ialah as sidq iaitu sifat benar.
Benar terhadap orang lain, benar terhadap diri sendiri, dan
benar terhadap Allah.
Imam An Nawawi meletakkan dalam Al Azkar beliau perkataan seorang
ulama bernama Al Qusyairi yang berkata,
“Tingkatan
paling rendah bagi As Sidqu (sifat benar) ialah sama tingkah laku ketika berada
seorang diri dan ketika berada di hadapan orang ramai.”
Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment