بسم الله الرحمن الرحيم
Selalu bila
sampai musim periksa kepala kita akan timbul banyak idea.
Melancong ke
Colombia, perancangan nak mantapkan usrah ahli, idea nak kumpul duit
banyak-banyak dan banyak lagi.
Peliknya sebelum periksa idea-idea ‘bernas’ ini tidak pula datang. Lebih memelikkan lagi bila idea-idea ini langsung hilang dari fikiran pada hari terakhir kita keluar dari dewan peperiksaan.
Masa periksa
jugalah kita rajin untuk baca kitab dan buku-buku ilmu tambahan luar daripada
bidang yang sedang kita tekuni.
Peliknya sebelum periksa idea-idea ‘bernas’ ini tidak pula datang. Lebih memelikkan lagi bila idea-idea ini langsung hilang dari fikiran pada hari terakhir kita keluar dari dewan peperiksaan.
Ada satu
pesanan daripada Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah yang sangat baik untuk kita
teliti.
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah. |
Ini menunjukkan
lemahnya semangat serta tidak ada kemahuan. Sebab, ilmu yang harus dipelajari
merupakan tuntutan, kewajipan dan beban yang harus dilaksanakan, dan hal itu
cukup berat bagi jiwa yang lemah.
Sedangkan
pelajaran bebas yang tidak dianjurkan di sekolah bukan merupakan tuntutan dan
beban. Jadi, terasa lebih ringan kesannya pada jiwa pelajar. Maka, hendaklah
anda waspada dan sedar untuk tidak mengikuti segala kemahuan nafsu.
Sebab,
ini juga termasuk daripada tipu muslihat syaitan untuk memalingkan pelajar dari
jalan yang benar dan hal-hal yang penting.”
Saya berpendapat
pesanan ini tidak semestinya laku hanya pada musim peperiksaan.
Kalaulah pada
bukan musim peperiksaan fokus dan tumpuan kita sudah menyimpang daripada pelajaran
yang menjadi prioriti utama dan tumpuan banyak terarah kepada ilmu tambahan, maka pesanan daripada Syeikh di atas harus kita
ulang berulang-ulang kali supaya masuk dalam diri.
Pesan pada
diri.
Rujukan : Nilai Waktu Dalam Kehidupan Insan terbitan Darul Nu'man.
( Sangat kesal dengan penerbit buku ini Darul Nu'man kerana tidak menyebut secara jelas bahawa ini ialah buku terjemahan daripada Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Penerbit tidak menyebut judul asal buku ini iaitu Qimah al-Zaman ‘ind al-‘Ulama’. Tambahan pula nama Syeikh hanya ditulis dengan Abdul Fattah A G sahaja menyebabkan pembaca tidak kenal, seolah-olah buku ini ditulis dan disusun oleh pihak penerbit dan bukan diterjemah daripada tulisan Syeikh. Kita hanya boleh kesan buku ini ialah buku terjemahan bila baca kata pengantar daripada penulis yang ditulis oleh Syeikh. Tidak baik buat begini.)

No comments:
Post a Comment