1. Adakah positif, atau negatif?
2. Bercakap tentang amanah, kita selalu dibaca ayat Al Quran ini;
“Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya, lalu amanah itu dipikul oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.” Al Ahzab,72.
3. Bagus jika tujuan ayat ancaman ini dibaca untuk memberi peringatan supaya tidak mengabaikan amanah. Tapi tidak bagus jika lupa membaca ayat-ayat motivasi untuk memberi semangat dalam melaksanakan amanah yang dipikul.
Ini beberapa ayat Al Quran dan Al Hadis yang bersifat motivasi dalam kepimpinan;
Ini beberapa ayat Al Quran dan Al Hadis yang bersifat motivasi dalam kepimpinan;
“Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir), kerana sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan.” Surah Yusuf, ayat 55.
“Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu pemimpin yang adil,….” Al hadis.
Semakin luas ilmu dan bacaan seseorang, semakin banyak yang akan dia ditemui tentang ancaman dan galakan agama terhadap amanah, lalu semakin adil penilaian yang mampu dibuat.
4. Dr Abdul Karim Zaidan ada sebut dalam Usul Dakwah tulisan beliau tentang salah satu kemahiran yang perlu ada bagi seorang daie ialah pandai membaca situasi lalu pandai pula memberi solusi yang paling sesuai.
Dalam keadaan masyarakat yang berebut-rebut mahukan jawatan dan kepimpinan untuk tujuan keduniaan, maka ayat-ayat ancaman ini sesuai dibaca.
Sebaliknya, dalam keadaan masyarakat yang tidak mahu bergerak untuk berdakwah dengan alasan amanah dakwah itu terlalu berat untuk dipikul dan seribu satu lagi alasan, maka memberi ugutan tentang amanah dengan menggunakan ayat-ayat ancaman hanya menambah bebanan dan ketakutan itu.
Urusan kepimpinan akhirnya berada dalam tangan musuh-musuh Islam.
Sedangkan, Imam Al Ghazali sudah berpesan kepada kita tentang amanah kepimpinan dalam Ihya beliau;
"Kekuasaan dan agama adalah seperti dua anak kembar, agama sebagai tapak sementara kekuasaan adalah penjaganya. Setiap hal yang tidak mempunyai tapak akan rosak. Sebaliknya, segala sesuatu tanpa penjaga akan hilang."
Urusan kepimpinan akhirnya berada dalam tangan musuh-musuh Islam.
Sedangkan, Imam Al Ghazali sudah berpesan kepada kita tentang amanah kepimpinan dalam Ihya beliau;
"Kekuasaan dan agama adalah seperti dua anak kembar, agama sebagai tapak sementara kekuasaan adalah penjaganya. Setiap hal yang tidak mempunyai tapak akan rosak. Sebaliknya, segala sesuatu tanpa penjaga akan hilang."
Bagaimana agaknya kalau tokoh-tokoh besar Islam dahulu seperti Sultan Salahuddin al Ayubi dan Nuruddin Zenki tidak mahu menerima jawatan dan kepimpinan dengan alasan takutkan amanah?
Bukankah kita ada ayat-ayat al Quran bersifat motivasi?
5. Memandang amanah kepimpinan dengan hanya satu dimensi sahaja nampaknya tidak menguntungkan kita. Amanah mesti ditimbang dengan seimbang. Ugutan dan galakan.
Tok Guru Nik Aziz ada ulas tentang fenomena menghafaz Al Quran yang sangat memberangsangkan pada masa sekarang berbanding pada masa dahulu. Kata beliau;
“Masyarakat Melayu zaman dahulu tidak ramai yang menghafaz Al Quran kerana selalu diugut jika lupa satu ayat yang kita hafal maka dosanya sangat besar. Dalam masa yang sama mereka tidak sebut pula tentang pahala orang yang menghafal Al Quran adalah besar. Kesannya tidak ramai orang dahulu yang hafaz Al Quran kerana ketakutan itu.”
Bagaimana pula kalau kita menakut-nakutkan masyarakat tentang amanah jawatan dan kepimpinan tanpa menyebut akan peranannya dalam menjaga agama?
Sejarah mungkin berulang?
6. Gagal untuk seimbangkan antara targhib dan tarhib atau galakan dan ancaman akan menyebabkan kita memandang amanah dengan pandangan yang sangat menakutkan. Maka lahirlah anak-anak dakwah yang pesimis dan tidak berani, dengan kata lain, penakut.
Kaum Muslimin takut untuk memegang amanah untuk membela agama mereka, sedangkan Si Mustapha Kamal Attartuk yang menyakitkan hati itu berani meminta jawatan untuk menghancurkan Islam. Ketakutan umat Islam dan keberanian musuh mereka akhirnya menjadi bala kepada Islam.
Mereka yang positif dalam memikul amanah memandang jawatan sebagai peluang untuk menambahkan pahala. Mereka yang negatif pula tidak sabar untuk turun dari jawatan kerana rabun dengan peluang yang terbentang luas untuk menempah syurga. Padahal, yang positif dan yang negatif tetap ditanya tentang amanah di hadapan Allah nanti.
Neraca persepsi perlu diseimbangkan antara targhib dan tarhib, antara mubassyira dan nazira, antara galakan dan ancaman, supaya khauf menebal dalam diri seorang hamba tanpa menghakis raja’ kepada Tuhannya.
Bersikap adil dan pandai menilai, itulah fokusnya.
Masih adakah lagi pemuda Islam yang berani melafazkan ucapan Nabi Yusuf AS?
“Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir), kerana sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan.” Surah Yusuf, ayat 55.
Ucapan ini dilafaz bukan kerana habuan dunia yang mereka cari, tapi kerana Islam yang mereka yakini.
Ada, dan akan sentiasa ada.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment