بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang penuntut ilmu hadir ke majlis
pengajian bersama para ilmuwan.
Dia duduk dengan tertib, mendengar
setiap butir bicara dengan baik, dan menyalin setiap ilmu dan peringatan yang
diperoleh ke dalam sebuah nota.
Sehinggalah beberapa lama nota yang
digunakan untuk mencatat perkataan yang keluar daripada mulut para ilmuwan
semakin bertambah sebuah demi sebuah.
Nota-nota ini disimpan dengan baik
dan kemas tidak ada siapa yang berani dekat untuk buka atau selak, dan masih
lagi tersimpan dengan cermat sehingga sekarang tidak pasti bila akan dibuka atau terbuka.
Ada baiknya kalau setiap catatan
dalam nota itu ditulis semula dengan sedikit penambahbaikan pada susunan dan
gaya bahasa, kemudian disusun mengikut tertib yang teratur dan tersusun, lalu disebarkan
kepada orang ramai melalui apa sahaja medium yang sesuai, atau dikumpulkan
menjadi sebuah buku yang bermanfaat.
Pasti lebih bermanfaat.
No comments:
Post a Comment