بسم الله الرحمن الرحيم
Saya tukar title blog ini kepada perkataan “Infiru”, diambil
daripada awal ayat 41 Surah At Taubah dengan maksud berangkatlah ke
medan jihad, tidak lain tidak bukan sebagai satu pesanan kepada diri sendiri
supaya sentiasa tetap atas jalan dakwah.
Masalah-masalah yang berlaku dalam hidup banyak memberi kesan kepada diri seorang pendakwah daripada berfungsi dengan baik.
Lebih tidak baik, kesan tidak baik ini turut dirasai oleh ahli gerakan dakwah yang lain
bahkan terhadap gerak kerja dakwah itu sendiri.
Sebatang sahaja tiang yang patah boleh merosakkan struktur dan
kestabilan sebuah rumah. Sangat takut
kalau-kalau kitalah tiang penyebab itu nauzubillah..
Mudah-mudahan tulisan pada blog ini dapat saya jadikan
sebagai satu alat untuk saya kuatkan diri sendiri untuk sentiasa tetap berada
atas jalan dakwah. Semoga anda juga mendapat kekuatan yang sama.
Masih banyak tugasan dakwah yang mesti diselesaikan.
Tidak ada daya dan upaya melainkan semuanya dari Allah.
No comments:
Post a Comment