بسم الله الرحمن الرحيم
Seolah-olah
baru tahu kesukaran bertempur di medan perubatan bila berada di tahun lima dan
banyaknya perkara dan kemahiran yang mesti dipelajari.
Belajar satu
hal.
Faham
dan ingat dan mahir satu hal yang lain pula.
Ajakan untuk mengikuti daurah kitab dan kelas bersama para ulama yang
semestinya seronok pada cuti musim sejuk nanti terpaksa ditolak kerana alasan
ini.
Ajakan melancong dan berderak-derak juga sama.
Lagipun lubang-lubang
kejahilan dalam bidang perubatan masih banyak yang perlu ditampung kerana satu
lubang memberi malapetaka kepada kehidupan orang lain.
Kehidupan sendiri juga sebenarnya.
Fokus diperlukan.
Ibarat kanta
yang mengumpulkan tenaga cahaya dan ditumpukan kepada satu bahagian sehingga bertukar
kepada tenaga haba.
Haba sudah pasti tidak ada jika cahaya tadi mencapah.
Al Hafiz Al
Khatib Al Baghdadi rahimahullah menyebut,
“Ilmu
itu bagaikan lautan luas yang tidak boleh diukur, bagai bijih yang tidak pernah
habis diambil, maka sibukkanlah dirimu dengan hal-hal yang penting, sebab
apabila kamu menyibukkan dirimu dengan hal-hal yang remeh, maka kamu akan
kehilangan banyak hal-hal yang penting.”
Al Abbas
berpesan,
“Ketahuilah,
fikiranmu tidak boleh menampung segala sesuatu yang ada, maka fokuslah pada
yang penting-penting sahaja.
Dan harta
kekayaanmu tidak boleh mencukupi keperluan semua manusia, maka berikanlah
kepada orang-orang yang sangat memerlukan.
Keramahanmu
tidak boleh tercurah kepada semua orang, maka curahkanlah kepada orang yang
memahami erti keutamaan.
Malam dan
siangmu tidak mampu mencukupi seluruh keperluanmu meskipun kamu bekerja siang
dan malam, maka bahagilah aktivitimu dan cari ketenangan hidupmu.
Sebab,
apabila fikiranmu sibuk dengan hal-hal yang tidak penting bererti engkau telah
meremehkan hal-hal yang penting.”
Menjaga Islam
dari penjuru kita.
Allahu a'lam.
Allahu a'lam.
Rujukan : Nilai Waktu Dalam Kehidupan Insan terjemahan daripada Qimah al-Zaman ‘ind al-‘Ulama’ karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah terbitan Darul Nu'man.
No comments:
Post a Comment