بسم الله الرحمن الرحيم
Kita manusia akan risau bila ada musibah di depan.
Apabila segala ikhtiar sudah dilakukan dan keadaan tetap
sama tidak jadi lebih baik, ketika itu pasti akan rasa buntu.
Terkepung.
Apa lagi pilihan yang ada?
Mengikut akal, tidak ada.
Segala puji bagi Allah atas nikmat Islam dan iman, kerana
dengan nikmat yang besar ini telah membuka jalan untuk kita pilih ketika musibah
mengepung dari segenap penjuru.
Jalan keluar yang tidak terjangkau oleh akal untuk berfikir dan
tidak dapat dirasai deria, sebaliknya berlapik kepada keyakinan terhadap
perkara ghaib dan secubit iman yang berada dalam hati.
Jalan keluar yang sentiasa ada supaya seorang hamba tidak
pernah berputus asa dari rahmat Tuhannya.
“..sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan
membuka baginya jalan keluar. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan
mencukupkan keperluannya..” At Talaq, ayat 2 dan 3.
Ada rasa takut tapi tetap teruskan kerana keyakinan ini.
Berani terus bukan kerana kuat yang ada pada diri kita tapi kerana
baik sangka terhadap janji dari Tuhan yang menguasai langit dan bumi.
Ya Latifu Ya Allah.
Sudah lupa ini pantai Dumyat atau Gamasah. |
No comments:
Post a Comment