بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam surah
At Taubah ayat 92 ada diceritakan tentang kisah Al ‘Irbad bin Sariyah dan
beberapa orang ahli suffah yang mengalirkan air mata kerana tidak dapat ikut serta
berperang bersama Rasulullah SAW.
“dan tidak
ada (pula dosa) atas orang-orang yang datang kepadamu (Muhammad), agar engkau
memberi kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata ‘ Aku tidak memperoleh
kenderaan untuk membawamu’, lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran
air mata kerana sedih, disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka
infaqkan (untuk ikut berperang.)’” Surah At Taubah, ayat 92.
Syeikh
Muhammad Ali As Sobuni dalam buku tafsir
beliau ‘Sofwah At Tafasir’ berkata, mereka menangis kerana mereka tidak ada
harta yang boleh membawa mereka keluar berperang, begitu juga Rasulullah SAW
tidak ada kenderaan yang boleh membawa mereka.
…………………………
Kisah di
atas saya pernah dengar beberapa kali dalam ceramah atau terjumpa dalam mana-mana
buku. Selama ini saya bayangkan mereka tidak ikut serta berperang disebabkan
kemiskinan yang membelenggu, sehinggalah saya baca buku sirah Nurul Yakin dan
jumpa beberapa maklumat tambahan.
Maklumat tambahan ini saya jumpa semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang Pengenalan Surah At Taubah. Alhamdulillah, proses menyiapkan atrikel tersebut menyebabkan saya dapat jumpa maklumat tambahan ini.
Disebutkan dalam
buku sirah itu bahawa mereka dibantu oleh para sahabat yang lain dengan memberikan
mereka alat kelengkapan perang.
Maklumat
tambahan tentang kisah ini seperti yang dijumpai dalam buku sirah Nurul Yakin
tulisan Syeikh Al Khudhori :
-mereka
ialah seramai 7 orang daripada kalangan Ansar.
-kisah ini
ialah semasa Perang Tabuk.
-Sayidina
Usman memberi kelengkapan kepada 3 orang daripada mereka.
-2 orang
lagi diberi kelengkapan oleh Al Abbas.
-Baki 2
orang lagi diberi kelengkapan oleh Yamim bin Amru.
Allahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment