Personaliti Type A kalau menurut sebahagian saintis psikologi sebagai
sangat tersusun dan rapi dalam urusan, proaktif, keinginan yang tinggi untuk mencapai
matlamat, dan sangat cermat dalam pengurusan masa.
Type B pula bekerja dengan lebih tenang, kurang tahap tekanan,
kreatif, gemar mencipta idea dan konsep baru, menikmati setiap proses untuk
mencapai matlamat namun tidak terlalu kecewa jika tidak berjaya, serta
fleksibel dalam pengurusan masa.
Jika anda berpeluang bekerja dalam gerak kerja dakwah Type
A, anda sangat beruntung kerana berpeluang untuk lihat satu gerak kerja yang
sistematik dan tersusun. Tidak ada tugasan yang tidak siap melainkan semuanya
sudah sempurna jauh lebih awal dari tarikh akhir. Tidak ada pembaziran masa,
agenda mesyuarat tidak ada yang meleret-leret kerana akan segera dipotong. Kalau
temu janji mesyuarat pada pukul 8.30 malam, nescaya anda boleh dengar mesyuarat
dibuka dengan bacaan Ummul Kitab pada pukul 8.31 malam.
Mudahnya, anda kagum dan berpuas hati.
Cuma sedikit hati-hati.
Anda akan rasa sedikit tekanan terutama bila anda tidak
dapat ikut rentak ini dengan baik. Tambahan bila tidak banyak unsur yang
menghiburkan hati boleh ditemui dalam gerak kerja ini kerana berorientasikan
mengejar matlamat dan kadang-kadang bersifat arahan semata-mata. Kalau tidak bernasib baik
akan terima kad kuning disebabkan kecuaian anda. Bukan sedikit yang jatuh moral
untuk bekerja dan berdakwah akibat tekanan ini.
Jika anda berpeluang untuk bekerja dalam gerak kerja dakwah
Type B pula, anda seorang yang bertuah kerana berpeluang mendengar idea baru
yang segar dan kreatif. Proses berfikir untuk mencari idea yang unik sangat menghiburkan hati sehingga menghilangkan
tekanan bekerja. Toleransi yang tinggi tentang masa dan tarikh memberi peluang
dan ruang kepada anda untuk membaiki kesilapan dan cuba yang terbaik.
Mudahnya, anda dapat rasa keseronokan dalam berdakwah kerana
tiada tekanan dan terhibur hati.
Cuma sedikit hati-hati.
Kurang tegas dalam soal masa menyebabkan banyak urusan
tertunda sehingga menimbulkan masalah yang lebih banyak. Mesyuarat dimulakan
tidak ikut masa dan cenderung meleret-leret sehingga ahli mula gelisah. Urusan yang
kurang sistematik dan tidak teliti menyebabkan rancangan dakwah dan program bercelaru
dan bersimpang siur serta tidak dapat berjalan dengan lancar. Gerakan dakwah
akan dapat nama buruk yang pasti.
Kalau kita berada dalam gerak kerja Type A, kita akan
berharap supaya sedikit unsur Type B menyelinap masuk. Begitu juga sekiranya kita
berada dalam gerak kerja Type B, unsur-unsur daripada Type A sangat dinantikan.
Manusia ada yang Type A dan Type B. Cenderung untuk memilih hanya
salah satu type gerak kerja sahaja akan memberi tekanan kepada type
gerak kerja yang lain.
Menggabungkan kedua-dua jenis gerak kerja ini dan meletakkan seseorang di posisi yang sesuai dengan personaliti dan kecenderungan mereka pula bukan senang, tetapi itulah keadaan yang mesti kita hadapi untuk meraikan kepelbagaian dan menambah baik kelancaran gerak kerja.
Menggabungkan kedua-dua jenis gerak kerja ini dan meletakkan seseorang di posisi yang sesuai dengan personaliti dan kecenderungan mereka pula bukan senang, tetapi itulah keadaan yang mesti kita hadapi untuk meraikan kepelbagaian dan menambah baik kelancaran gerak kerja.
Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment