بسم الله الرحمن الرحيم
Mesti berdoa minta hidayah dari Allah supaya jalan
hidup kita lurus.
Tidak cukup dengan doa, kena ada ikhtiar untuk berjalan ke arah
sumber hidayah.
Ikhtiar untuk mendedahkan diri kepada teguran dan
pembetulan.
Masuk mesyuarat kena dengar tazkirah dahulu. Datang majlis ilmu lebih-lebih lagi. Sambil jalan kaki
dengan kawan yang faham dapat pula teguran tentang diri yang silap. Tertinggal dalam
pelajaran ada yang tunjukkan jalan untuk kejar. Diminta untuk mengisi
sebenarnya isi itu untuk diri sendiri juga.
Diri terdedah kepada pembetulan.
Hidup yang mudah bengkok, kalau sentiasa terdedah kepada doa
dan pembetulan, insya-Allah kembali semula ke laluan asal.
Saya tidak ada minyak wangi, paling kurang boleh tumpang bau
wangi kawan-kawan yang soleh.
Masih mensyukuri nikmat diluruskan.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment