Pernah ada seorang ikhwah diminta untuk beri pengisian
tentang satu tajuk. Ikhwah itu minta kertas kerja untuk dibaca dan sedikit masa
untuk fikir sebelum terima.
Ternyata ikhwah itu tolak permintaan tersebut.
Selepas ditanya kenapa tidak terima sedangkan dengan
pengalaman dan pendedahan yang ikhwah itu pernah terima nampak gaya seperti
tidak ada masalah hanya untuk kupas tajuk yang ringkas tersebut.
“Saya tidak ada masalah untuk bentang tentang tajuk
ini, ya, sekadar bentang, tetapi saya terpaksa tolak kerana selepas diteliti
ternyata saya tidak memiliki sifat-sifat baik seperti yang disebut dalam kertas
kerja itu.”
Penganjur diskusi mula kenalim sebab masa yang ada sudah tidak
banyak berbaki. Nama-nama cadangan pendiskusi lain diberi namun jawapan yang diterima
tetap sama, negatif, dan seingat saya diskusi tersebut tidak dapat dijalankan.
Awal tahun 2012 ada satu program daurah kitab Syamail
Muhammadiyah disampaikan oleh Ustaz Nazrul bin Nasir, salah seorang pelajar yang
dibenarkan mengadakan kelas pengajian di salah satu anjung Masjid Al Azhar untuk pelajar Nusantara.
Semoga Allah merahmati seorang akhawat yang mengadu kepada
penceramah tentang kesukaran untuk mencari naqib bagi membimbing usrah lantaran
alasan yang selalu diterima ialah tidak layak.
Jawapan daripada penceramah sangat elok untuk difikirkan.
“Apabila seseorang itu mula rasa berilmu dan layak
maka ketika itulah dia mula tidak layak.”
Alangkah baiknya kalau kita dapat hormati dan gabungkan kedua-dua
pandangan di atas.
Takut untuk menyampaikan perkara yang tidak kita kerjakan adalah
patut dan munasabah kerana berapa banyak ayat Al Quran dan Al Hadis mencela golongan yang
berkata-kata tetapi melupakan diri sendiri.
Dalam masa yang sama sedar dan akui yang kita sekarang berada dalam proses
membaiki diri sendiri dan tidak layak dan memang tidak akan pernah layak kerana
manusia jauh daripada sifat kesempurnaan.
Sekiranya tugas menyampaikan ini tidak belajar untuk dipikul dengan alasan tidak layak, nescaya dakwah tidak akan bergerak dan terus kaku.
Dakyah musuh Islam terus bergerak dengan pantas dan luas mengancam akidah umat Islam sedangkan para pendokong dakwahnya belum bergerak kerana menanti kesempurnaan.
Sekiranya tugas menyampaikan ini tidak belajar untuk dipikul dengan alasan tidak layak, nescaya dakwah tidak akan bergerak dan terus kaku.
Dakyah musuh Islam terus bergerak dengan pantas dan luas mengancam akidah umat Islam sedangkan para pendokong dakwahnya belum bergerak kerana menanti kesempurnaan.
Belajar untuk pikul dan dalam masa yang sama tetap
berhati-hati dalam berkata-kata kerana sememangnya kata-kata ialah ujian bagi yang berkata, dan
tulisan ini sendiri menjadi ujian kepada penulisnya.
Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment