Wednesday 7 January 2015

Maulid Ar Rasul.

Alhamdulillah , hari ini sempat ikuti majlis maulidurrasul di Masjid Al Jammal, mansurah, bersama Sheikh Prof Mustafa Abu Sulaiman An Nadawi.

Majlis dimulakan selepas solat maghrib dengan bacaan kitab Al Mauridil Hani fi Al Maulidil Thani , karangan Ibnu Al Iraqi, yang didahului sebelumnya dengan pengijazahan sanad kitab oleh Sheikh Mustafa.
Alhamdulillah, sanad bersambung dengan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan para ulama yang lain.
Saya fikir zaman sekarang ini salah satu cara untuk kita menyambung hubungan dengan para ulama ialah melalui rantaian sanad.
Bacaan hadis dihentikan untuk solat Isya dan disambung dengan selawat.
Majlis dihadiri juga oleh para pelajar dari Universiti Al Azhar Kaherah. 3 jam perjalanan mereka dari Kaherah semata2 mahu sertai majlis mulia ini.
Beberapa kali Sheikh Mustafa sebak dan menitis air mata sepanjang bacaan hadis. Majlis yang mengingatkan hadirin kepada junjungan mulia saw.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alih..

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...