Tuesday 9 December 2014

Tulisan-tulisan kecil ibarat titisan hujan.

Ada seorang ulama bernama Ibnu Uquil.

Nama sebenar beliau ialah Imam Abu Wafa’ Ibnu Uqail Al Hanbali Ali bin Uqail Al Baghdadi. Beliau lahir pada tahun 431 H dan wafat pada 513 H. Beliau dikenali sebagai seorang yang genius , cerdas dan mempunyai wawasan keilmuan yang cukup luas. 

Antara karangan beliau yang paling panjang ialah kitab Al Funun , iaitu sebanyak 800 jilid. Kitab ini mengandungi pesanan agama, tafsir, fiqh, usul fiqh , nahu , lughah, syair, tarikh, hikayat, dan perdebatan beliau berkenaan dengan idea yang beliau cetuskan.

Ada seorang ulama bernama Imam Bahauddin Ibnu An Nuhas Al Halabi An Nahwi ( wafat pada 698 H) yang memberi komentar tentang tulisan Ibnu Uqail yang mampu mencapai 800 jilid. Kata beliau, “ Sesuatu yang kecil , apabila dikumpulkan sedikit demi sedikit secara terus menerus akan menghasilkan sesuatu yang besar dan menakjubkan, sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibnu Uqail (800 jilid).”

Syair beliau itu termaktub dalam buku Baghiyatul Wu’ah karya Imam Suyuti yang berbunyi ,

“ Hari ini sedikit ilmu dan hari esok begitu juga. Apabila yang sedikit itu dikumpulkan , seseorang akan boleh menemukan dan mendapatkan sebuah hikmah, sebagaimana banjir yang timbul kerana titisan-titisan air yang terkumpul."

Kata Ibnu Jauzi , “ Karangan orang alim ialah keturunannya yang abadi.”

Kata Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah, “ Kalau anda melihat biografi para ulama dan para imam yang setaraf dengan mereka, jelas biografi itu akan mengejutkan anda dan anda akan merasakan begitu penting dan bernilainya waktu. Maka berusahalah untuk jadi seperti mereka. Kalau anda betul-betul termasuk orang yang mempunyai semangat tinggi, jangan anda meninggalkan dunia ini kecuali anda telah memiliki karya-karya karangan lebih dari tiga puluh, lima puluh, dan seterusnya.”  

Allahu a’lam. 

Rujukan : Qimah Az Zaman Indal Ulama.

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...