Monday 22 December 2014

Bahasa Arab kunci kepada gudang ilmu.

“ Bukan saya tak nak hadir ke kelas pengajian Sheikh Mustafa An Nadawi, tapi sebab Bahasa Arab saya tak berapa bagus. Saya pergi pun tak banyak yang saya faham..” Begitu lebih kurang keluhan seorang junior aku.
 
Memang beginilah kebiasaan yang berlaku. Bahasa Arab selalu menjadi benteng yang menghalang anak-anak Melayu di Tanah Arab daripada mendampingi para ulama Mesir. 


“ Saya pun tidaklah pandai sangat bahasa Arab. Tidak semua yang Syeikh ajar saya faham. Tapi tidak semua juga yang saya tidak faham. Ada banyak juga yang saya faham. Tapi bila tidak hadir confirm saya tidak akan faham apa-apa dan berterusanlah saya dalam keadaan tidak faham.” Balas aku. 

Sebenarnya ini jugalah alasan yang aku gunakan untuk tidak hadir ke majlis pengajian para ulama ketika awal-awal aku datang ke mesir. 

Pertanyaan daripada junior ini membawa minda aku menerawang ke masa lalu, sewaktu beberapa bulan pertama aku sampai ke mesir. Aku juga pernah adukan masalah yang sama kepada senior aku yang aku panggil Ustaz Ziad, pelajar jurusan Akidah dan Falsafah Universiti Al Azhar Kaherah ketika itu. 

“ Pergi je dulu. Dalam kelas syeikh pastikan duduk sebelah pelajar Melayu yang faham. Nanti lepas kelas tanya. Lama-lama faham la.” Jawab Ustaz Ziad pada aku. 

Sekarang aku ditanya soalan yang sama dan jawapan yang sama jugalah aku beri kepada junior aku. 

Aku hanya berdoa dalam hati, semoga Allah memberi kekuatan kepadaku dan kepada teman-temanku untuk sentiasa mendalami ilmu agama walau di mana saja tahap kehidupan kami sekarang. 

Apalah dunia ini jika tidak kenal agama yang kita anuti.

No comments:

Post a Comment

Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...