“ Bukan saya tak nak hadir ke kelas pengajian
Sheikh Mustafa An Nadawi, tapi sebab Bahasa Arab saya tak berapa bagus. Saya
pergi pun tak banyak yang saya faham..” Begitu lebih kurang keluhan seorang
junior aku.
Memang beginilah kebiasaan yang berlaku. Bahasa Arab selalu
menjadi benteng yang menghalang anak-anak Melayu di Tanah Arab daripada
mendampingi para ulama Mesir.
“ Saya pun tidaklah pandai sangat bahasa Arab. Tidak semua
yang Syeikh ajar saya faham. Tapi tidak semua juga yang saya tidak faham. Ada
banyak juga yang saya faham. Tapi bila tidak hadir confirm saya tidak akan
faham apa-apa dan berterusanlah saya dalam keadaan tidak faham.” Balas aku.
Sebenarnya ini jugalah alasan yang aku gunakan untuk tidak
hadir ke majlis pengajian para ulama ketika awal-awal aku datang ke mesir.
Pertanyaan daripada junior ini membawa minda aku menerawang
ke masa lalu, sewaktu beberapa bulan pertama aku sampai ke mesir. Aku juga
pernah adukan masalah yang sama kepada senior aku yang aku panggil Ustaz Ziad,
pelajar jurusan Akidah dan Falsafah Universiti Al Azhar Kaherah ketika itu.
“ Pergi je dulu. Dalam kelas syeikh pastikan duduk sebelah
pelajar Melayu yang faham. Nanti lepas kelas tanya. Lama-lama faham la.” Jawab Ustaz
Ziad pada aku.
Sekarang aku ditanya soalan yang sama dan jawapan yang sama
jugalah aku beri kepada junior aku.
Aku hanya berdoa dalam hati, semoga Allah memberi kekuatan
kepadaku dan kepada teman-temanku untuk sentiasa mendalami ilmu agama walau di
mana saja tahap kehidupan kami sekarang.
Apalah dunia ini jika tidak kenal agama yang kita anuti.
No comments:
Post a Comment