Alhamdulillah, syukur kerana kita ada istighfar, maaf, dan
sedekah.
Matlamat hidup kita ialah untuk meninggalkan dunia ini dalam
keadaan bersih daripada segala dosa dengan Allah dan dosa dengan manusia ,
bersih seperti kita baru dilahirkan.
Ini ialah matlamat utama seorang mukmin.
Yang ditakuti ialah , kita meninggalkan dunia ini dalam
keadaan kita masih ada dosa dan kesilapan dengan Allah dan manusia, atau kita
masih ada hutang yang belum dijelaskan.
Nauzubillah min zalik..
Dengan istighfar, ibaratnya seperti kita naik mesin masa ‘terbang’
balik ke masa silam , lalu kita betulkan segala dosa dan kesilapan kita.
Dengan minta maaf, kita menyelesaikan apa sahaja hubung kait
kita dengan manusia di atas dunia, supaya kita tidak ‘dipertikaikan’ di akhirat
nanti.
Dengan sedekah, ia akan menghapuskan dosa seorang muslim
sebagaimana air memadamkan api , sebagaimana diajar oleh Baginda Nabi SAW ,
والصدقة تطفىء الخطيئة كما يطفىء الماء النار
“ Sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan
api.” Hadis hasan sahih , riwayat Imam At Tirmizi.
Besar sungguh harapan kita untuk balik ke negeri akhirat
bertemu Allah dalam keadaan kita bersih daripada segala kotoran dosa dan silap
dengan manusia.
No comments:
Post a Comment