Saturday, 6 February 2016

si ghuraba berkongsi kisah.

silakan.

http://ghurabahkl.blogspot.my/2016/02/doktor-sihatkah.html

Monday, 1 February 2016

Masjid selepas zaman mahasiswa



Seorang diri di bandar kuala lumpur, berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, ambo seoalah2 seorang gharib/ghuraba atau pedagang/asing.

Inilah pemandangan dari bilik rumah si ghuraba, tingkat 15 asrama Hospital Kuala Lumpur di Ampang, kuala lumpur.

Ketika ini bilal sedang laungkan azan maghrib.

Si ghuraba masih lagi merasakan perjuangan yang sama melawan nafsu untuk melangkah ke rumah2 Allah untuk soalt berjemaah. Perjuangan melawan hawa nafsu yang sama ketika si ghuraba di alam pengajian.

Nafsu masih berbisik2 mengatakan kerja masih banyak belum selesai. Bisikan ini kadang kita tidak perasan. Usah hiraukan nafsu yang mahukan rehat. Langkahkan saja kaki ke masjid.

Jadikan ia sebagai reflex.

Automatik.

Bekerja bukan alasan untuk tidak je masjid. Si ghuraba dapati masih banyak masa2 kosong luar waktu kerja untuk kita lazimi rumah2 Allah. Berbeza kalau kita di hospital. Ketika itu solat sahaja di mana2 tempat bersih asalkan solat fardhu masih terjaga dengan baik.


Friday, 18 September 2015

Peguam dan Hartanah.

Peguam dan hartanah.

1. Apabila anda ingin membeli hartanah, peguam biasanya akan disediakan oleh pemaju perumahan atau pihak bank.

2. Peguam dalam urusan transaksi hartanah digelar sebagai conveyancor bermaksud untuk menyampaikan. Maksudnya, tugas peguam ialah untuk menyampaikan hartanah dari satu pihak ke satu pihak yang lain.

3. Peguam boleh dilantik samada oleh penjual atau pembeli, atau kedua-duanya mempunyai peguam. Kelebihan mempunyai satu peguam ialah dari segi kos yang dapat dijimatkan. Kelebihan masing-masing mempunyai peguam ialah untuk mengelakkan kemungkinan ketidakadilan.

4. Bagi peguam yang disediakan oleh penjual, yuran guaman akan diselesaikan oleh pihak penjual.

5. Antara tugas peguam :

·       Memastikan hartanah bebas daripada cagaran atau kaveat sebelum ia dipindahmilik.
·       Memastikan borang-borang dalam Kanun Tanah Negara 1965 diisi dengan baik.
·       Jika peguam bertindak bagi pihak pemaju, dia mesti memastikan pemaju tersebut mempunyai lessen yang sewajarnya.

6. Hartanah terbahagi kepada rumah, hartanah komersil, industri, dan pertanian. Hartanah di Malaysia dikawal oleh kerajaan negeri.

7. Undang-undang pembangunan hartanah bertujuan melindungi pembeli daripada ditipu pemaju, kerana terdapat pemaju yang mengambil wang deposit daripada pembeli dan tidak menyiapkan projek perumahan. Dengan undang-undang ini, sesiapa yang ingin membina lebih daripada 4 hartanah pada satu masa perlu mempunyai lesen yang sah dan mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun yang dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rujukan : 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia.

Thursday, 17 September 2015

Disbursmen


Disbursmen ialah bayaran bagi setiap dokumen yang dilengkapkan oleh peguam bagi pihak anda dan difailkan bagi menyempurnakan sesuatu transaksi hartanah.

Selalunya, jika anda bertemu dengan peguam hartanah, bayaran yang dikenakan ialah yuran guaman dan disbursemen.

Contoh disbursmen :

      -         Duti setem
      -         Bayaran di pelbagai jabatan kerajaan
      -         Belanja perjalanan peguam
      -         Bil telefon
      -         Kos percetakan dokumen
      -         Dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan jual beli hartanah.

Sebaiknya , wang disbursmen ini diletakkan di akaun berasingan sebagai Akaun Anak Guam ( Clients Account ). Tujuannya supaya pengaliran wang dapat dikawal dan diselia oleh anak guam.

Sekiranya wang lebih, anda boleh menuntutnya daripada peguam. Begitu juga sebaliknya, jika wang tidak mencukupi, peguam berhak memintanya daripada anda.


Anda boleh meminta peguam anda untuk menerangkan sebarang transaksi yang melibatkan wang disbursmen. 

Rujukan : 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia.

Jangan 'hidup lama'

JANGAN 'HIDUP LAMA'.

Hiduplah pada masa sekarang. Fikirkan hidup anda dalam lingkungan 3 tahun kehadapan sahaja.

Tidak ada guna jika anda runsingkan tentang kehidupan anda pada 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Anda hanya menghabiskan masa anda hanya untuk runsing pada benda yang tidak berlaku pun.

Ini tidak pula bermakna anda tidak merancang. Anda merancang seperti biasa apa yang anda mahukan sepanjang hidup anda. Maksud saya ialah, anda merancang kemudian anda sudah tidak memikirkan atau runsing. Anda hanya menlaksanakan sahaja apa yang anda perlu buat pada hari ini.

Selebihnya, serahkan pada Allah.

Friday, 6 February 2015

Duduk dekat dengan ulama

Antara nikmat yang paling besar ambo dapat setahun dua ni ialah rumah tempat tinggal ambo yang berdekatan dengan Masjid Al Jammal. Imam masjid ni ialah Sheikh Mahmud Al Abidi, seorang ulama muda keluaran Al Azhar.

Beliaulah yang menjadi tempat rujukan bila ada apa2 persoalan samada persoalan tentang fiqh, tafsir, persoalan tentang kitab2 rujukan, atau persoalan tentang pendirian ulama Al Azhar terhadap isu2 semasa.

Masalah atau persoalan2 tentang agama ialah masalah yang bersifat reversible/sentiasa ada dan berulang. Walaupun hari ni kita ada kemudahan internet, ambo dapati bukan senang untuk kita tanya soalan kepada ilmuan agama secara maya. Kadang2 persoalan kita tertangguh hingga beberapa lama dan kadang2 tidak terjawab. Bagaimanapun kita tetap berbaik sangka mungkin atas faktor kesempitan masa dan lain2.

Sebab itulah ambo berpandangan kita kena sentiasa tinggal dekat dengan ulama supaya kita boleh bersuhbah dan dekati mereka secara langsung , atau untuk memudahkan kita bertanya apa saja soalan , atau untuk perbincangan tentang apa sahaja topik, atau untuk kita ambil dan contohi akhlak mereka secara dekat.

Ambo ada 2 persoalan yang ambo tidak dapat selesaikan selama beberapa hari. Lepas solat subuh tadi ambo masuk ke dalam bilik imam dan bertanyakan pada Sheikh Mahmud. Alhamdulillah akhirnya hilanglah segala kekeliruan ambo terhadap dua persoalan ni.

Tuesday, 3 February 2015

Kenapa ilmu agama mesti dipelajari dan tidak cukup sekadar bertanya bila berhajat?





1. Orang yang anda tanya tidak punyai masa yang cukup untuk anda. 

Boleh jadi persoalan anda akan tertangguh selama beberapa ketika , sehingga anda mula buntu di mana hendak mencari jawapan. Anda sedaya upaya cuba berbaik sangka dengan orang yang anda tanya bahawa mungkin dia disibukkan dengan urusan lain sehingga masa yang ada sangat terhad. 


2. Jika ada dua pandangan berlainan yang dikeluarkan oleh dua individu yang berbeza, anda akan mula keliru pandangan siapa yang lebih kuat. 

Apatah lagi jika penerangan yang anda terima tidak cukup sehingga anda sukar untuk buat pertimbangan yang adil. 

Atau anda perlukan pada pandangan-pandangan lain lagi supaya pilihan yang anda ada lebih banyak dan terbuka. 


3. Anda akan terdedah kepada kesilapan pandangan orang lain. 

Ini yang paling ditakuti, nauzubillah min zalik. Kerana itu orang yang hendak ditanya juga mesti diteliti latar belakang dan penguasaannya terhadap persoalan yang hendak ditanya. 


4. Sukar untuk menceritakan masalah yang anda hadapi kepada orang yang anda hendak tanya, kerana boleh jadi persoalan yang anda hadapi itu ialah rahsia dan aib anda. 


5. Boleh jadi orang yang anda tanya tidak benar-benar faham masalah atau persoalan yang anda hadapi kerana masalah komunikasi, menyebabkan solusi atau cadangan yang diberikan tidak tepat.


6. Jarang anda berpeluang untuk faham satu-satu masalah itu hingga ke akar umbi. Kemungkinan penjelasan yang anda akan terima ialah hanya permukaan, menyebabkan anda tidak mampu untuk selesaikan masalah atau persoalan lain yang ada kaitan dengan yang sebelumnya.


7. Anda sukar pula untuk terangkan jawapan kepada orang lain tentang masalah yang sama disebabkan penerangan yang anda sendiri terima tidak mencukupi untuk anda betul-betul faham, apatah lagi untuk memahamkan orang lain.


Perlu difahami bahawa bertanya itu tidak salah bahkan sangat dituntut, akan tetapi tulisan ini bertujuan menyeru supaya kita berusaha dengan lebih gigih untuk mendalami ilmu agama, dan tidak berasa cukup hanya sekadar bertanya bila perlu.Sekurang-kurangnya untuk mengelakkan perkara di atas.




Catatan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...